Monday, May 6, 2013

Travelog Umrah 2013 - part 1.5 (Madinah Al-Munawwarah)

as salam lovelies...

(unt pengetahuan aku typed post ni bulan MEI yg lepas tp x post pun. update ini pun atas permintaan seorg rakan, aida sazuleena yg in shaa Allah akan ke tnh suci juga sikit masa lg, ameen)..dh biasa beraku2, jadi errr..itulahh..jemput bacalah ye..nnt hapdet lagi part 2 in sha Allah.

ok, harap semua sihatlah dpt baca cerita tentang umrah aku hampir sebulan yang lepas. aku macam biasalah memang liat nak mengupdate post2 kat sini. lps balik dari tanah suci tiga empat hari okey lagi. tp lepas tu demam yang amat sadisnya hampir 2 mngu. mmg tak pernah demam teruk macam tu. complete pakej dgn batuk selsema. makan suma tak lalu. bangun dr katil pun unt mandi ngan solat je. camana nak bangun abang gula asek sumbat ubat je. berbijik2 segala mak nenek ubat dia hantam bagi. timakaseylah sudi juga bg ubat.

okey, balik pd cerita..n3 yg lps dh bgtau aku pergi tanah suci dgn abg gula merangkap asbenku, mak mertua, pak mertua dan juga mak saudara abg gula. kitorang bermlm kat umah adik abg gula yg akan menjaga anak2 aku sepanjang aku dan suami kat tnh suci tu. subuh2 gajah sabtu 23 mac 2013 jam 3 pg aku dan keluarga dh bngn. mandi dan buat solat sunat musafir. anak2 pun bangun sama untuk hantar kitorang ke terminal bas ekspress di aman jaya, ipoh. bas direct ke klia. sampai kat terminal kitorang solat subuh di situ. bos abg gula dtg dgn isteri unt ucap smlt jalan dan sbnrnya rabbit putih aku aka kereta ditinggalkan di rmh bos tu sementara waktu. paling syahdu masa nak gerak naik bas. tgk muka anak2 yg masih kecil tu buat aku nanges sorg2 dlm bas.

samp klia terus jumpa mutawif dr Andalusia Travel dan uruskan luggage. memang ramai jemaah waktu tu. mungkin dh setat cuti sekolah. lps diberi serba sikit penerangan oleh mutawif dan mengaminkan doa, semua jemaah solat jamak zohor dan asar. flight saudi air akan berlepas ke jeddah jam 3 ptg. kitorang akan ke madinah dahulu. mcm2 perasaan ada. betul ke aku nak ke tanah suci ni? kat dlm flight aku dok ngan mama (mertua) dan yong (mak sedara asben)..mama ckp nnt stewardess tu sekiping london dia x paham pulak. abg gula dok ngan abah dia. tapi dia dtg jenguk kitorang berkali-kali juga.

suka juga aku naik saudi air ni. dekat skrin dpn kerusi siap di'bekalkan' dan dibacakan doa nabi SAW sblm bermusafir. aku tak tau penerbangan yg lain. mungkin ada juga. pilot akan announce miqat (sempadan) untuk berniat umrah bg jemaah yg telah siap berihram (ke makkah buat umrah terlebih dahulu sblm ziarah ke madinah) sewaktu flight sedang melepasi Qarnul Manazil. waktu tu aku dh dengar jemaah di kerusi bersebelahan membaca Labbaikkallahhummalabbaik....sayunya perasaan aku Allah sahaja yang tahu...

aku tak ingat jam berapa sampai di jeddah. kalau tak salah jam 10 mlm waktu saudi. aku mmg failed bab ingat mengingat ni. lps setel urusan immigration tngu bas kejap unt ke madinah. perjalanan dr jeddah ke madinah hampir 6 jam juga. aku lupa lagi. tp dlm perjalanan tu jemaah singgah di sebuah masjid untuk solat jamak maghrib dan isya' (tak samp ati nk cerita tahap kebersihan tempat ni. mmg menyedihkan)..biarlah jd kenangan je.

sekali lagi perasaan aku campur baur bila mutawif bagitau bas sedang memasuki madinah. tanah kesayangan Baginda SAW. sedih pilu, seronok suma dh macam rojak. waktu tu dah nak hampir subuh. sampai dpn hotel dengar suara azan (azan pertama sebelum subuh unt bangun qiamulail). tak sabar nak ke masjid Nabawi hanya Allah yang tahu. tp kena uruskan bilik dulu. kena fikir pasal mama dan yong juga yang dah kepenatan sangat. ikut hati mmg nak ke masjid solat subuh sbb tak jauh sgt dgn hotel. atas jalan penuh dengan jemaah nak ke masjid. ya Allah lagilah berkobar2 nak tengok dan solat pertama kali di masjid nabi. tapi takpelah selesaikan urusan beg dan bilik dulu. kitorang ambil bilik berempat. aku, mama dan yong sebilik dgn kwn baru dr seremban. kak foziah seorang cekgu. baik budi yang amat2 akak ni. subhanallah, Allah mudahkan lagi urusan aku kat sini. banyak betul bantuan dr kak foziah sepanjang aku kat madinah dan makkah.

pertama kali pandang masjid nabawi meleleh-leleh airmata aku. ya Allah ya Rahman, Kau jemput juga aku ke tanah kekasih-Mu ini...aku tak tahu perasaan abg gula camana sbb kami memang bwk diri masing2 tp yg pastinya harus sama dgn perasaan aku sndri. abg gula dgn abah dia yg x berapa sihat tu. aku percaya kalau berniat baik semua urusan mudah. kesabaran aku sbg menantu mmg diuji dr madinah lagi. macam pesan abg gula, kat sini apa-apa yg x berapa suka kita 'telan' aje. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 

alhamdulillah, pagi pertama di masjid Nabawi aku terus buat solat sunat dan berjaya masuk ke dalam Raudhah. itupun ikut dengan ustazah yg disediakan pihak travel agent. perlu ambik masa unt tngu giliran warga 'malaysia' unt masuk ke situ. malaysia adalah jemaah terakhir yg dpt masuk ke raudhah. itu sbb polis2 wanita diorg (berjubah dan berpurdah hitam semuanya) ckp org kita paling sabar dan lembut. mmg betul pun. mencabar juga nak masuk ke situ. sangat bersesak dgn mak2 arab walaupun waktu tu giliran malaysia. aku tarik mama dan yong untuk solat dan berdoa di makam Rasulullah. aku jadi makcik guard kat blkg yong dan mama, risau diorg dilanggar. tp yg penting doa bnyk2, in sha Allah, Allah mudahkan. lps diorg selesai aku pula sambung solat dan doa di situ. dapat solat sunat 3 kali dlm Raudhah ni walaupun berkali-kali di'halau' oleh polis2 wanita yang berjubah hitam tu. untuk jemaah wanita ada waktu2 yg ditetapkan untuk masuk ke Raudhah. mcm2 kejadian berlaku kat situ. maklumla arab2 kat sana kasar2 juga. tgh solat pon dilangkahnya kepala kita. belum 'keganasan' yang lain2 lg tu hahahaha...yg penting kita redho jelah. macam-macam aku doa kat Raudhah, minta syafaat Rasulullah SAW ke atas aku dan suami, anak2, keluarga, kwn2 yang berkirim salam kepada Baginda nabi...sempat juga berdoa di luar perkuburan Baqi'

Kumpulan kami berada di madinah selama empat hari. tp memang mcm2 perkara indah dan mencabar sepanjang berada di sana. indah tu sebab hari2 kita dapat dengar laungan azan, dpt pandang masjid nabawi yang sangat cantik, dapat rasa seolah-olah Rasulullah SAW sentiasa ada dengan kita, mendengar doa-doa daripada umatnya yang semuanya memohon syafaat baginda, dpt merasa sejuk dan nyamannya udara di madinah, kemesraan penduduk2 di situ (kalau tidak, takkanlah baginda SAW berhijrah ke madinah kerana penduduk di sana menerima baginda dan agama Islam dgn hati terbuka). mencabar tu sbnrnya tak adalah mencabar sangat. lebih kepada seronok sebenarnya. dapat solat di masjid quba' (pahala solat dua rakaat di sini bersamaan dgn 1 umrah!). Maka nikmat yang manakah yg ingin kita dustakan? lagi...dpt melawat ke kilang pembuatan al-quran (hanya jemaah lelaki dibenarkan masuk ke dlm kilang, jemaah wanita sekadar masuk ke muzium). apa lagi ye? melawat ladang kurma, ke jabal magnet (bukit yang bermagnet serta blh 'menarik' kenderaan tanpa perlu menghidupkan enjin) dan ada lagi yang aku kena tgk gambar semula br blh ingat..sekali lagi, ye, aku amat2lah pelupa....

paling best dapat solat setiap waktu di dlm masjid...dpt mengaji dengan tenang. tak tahulah nk ckp tp seronok sgt. nanti aku ceritakan tentang 'soronoknya' beribadah di makkah pula. 

hari ke-4 di madinah, jemaah nk berangkat ke makkah dah untuk buat umrah. Allah ya Allah. hanya DIA yang tahu apa yang ada di dalam hati kami. slps solat subuh pg hari terakhir tu, aku pergi ke sblh tepi masjid berhampiran perkuburan Baqi' dan di situ terletaknya makam Rasulullah SAW (walaupun hanya nmpk kubah hijau makam baginda shj). Ziarah ke makam baginda SAW unt ucapkan selamat tinggal. mmg menangis2 aku kat situ sorg2. mama, yong dan kak foziah pun ada tp masing2 bwk diri berdoa dan harap2 dapat jumpa baginda SAW lagi. dapat dtg ke masjid ini lagi. sedih sungguh!

tgahari tu jemaah menaiki bas untuk ke makkah. perasaan? tetap sama! hanya Allah SWT yg tahu. mutawif pun lepas beri penerangan meminta izin unt tidur sbb kepenatan. nnt nk bwk jemaah buat umrah lagi. mmg dh diberitahu samp ke hotel di makkah, kita terus check in dan buat umrah. tak boleh tangguh2 sbb semua dalam ihram ada 10 pantang larang yg perlu dijaga. 

dlm perjalanan tu singgah mkn malam dan solat maghrib di wadi qudaid (antara madinah - makkah). maaf kalau silap sebutan. tmpt ini dikatakan tempat nabi SAW singgah unt mencari bekalan mknan dlm perjlnn ke madinah. ceritanya lbh kurang camnilah...baginda SAW bsama Abu Bakar RA, Amir bin Fahira dan seorang lg penunjuk jln bnama Abdullah bin Uraiqith samp di wadi qudaid. mereka melalui satu khemah milik ummu ma'bad. sbbkan bekalan kurg jadi rombongan nabi nak beli kurma dan daging dr ummu ma'bad ni. tp yg dia ada cuma sekor kambeng kuruih ja. takdak susu pulak tu, boipren kambeng tu pon dh tinggalkn beliau (kambeng tulah). hurmm, camana nak ada susu kan. namun nabi SAW minta izin dr Ummu Ma'bad unt perah susu kambeng tu dan lps baginda SAW usap kantung susu kambeng tu sambil menyebut nma Allah dan mendoakan perempuan bnama Ummu Ma'bad tu dan lps tu kambeng tu terus keluarkan susu dgn bnyk. baginda bagi Ummu Ma'bad minum puas2 dulu barulah diberi pada sahabat2nya...wallahualam..lbh kurg begitulah kisahnya...

mkn nasi arab kat sini mmg sedap sgt. nikmat Allah beri unt tetamu2 Nya. dpt singgah mkn di tempat nabi SAW singgah lagi. Maka nikmat yang manakah yang ingin kita dustakan?

okey, nnt aku sambung part seterusnya. bnyk lg cerita best. gambar2 pun banyak. aku masuk apa yg sempat jelah ye.

tkasih sudi membaca.


payung2 di masjid nabawi yg dibuka setiap kali lps waktu subuh. subhanallah, cantik sgt.

slps solat subuh di dataran masjid nabawi..sejuk sgt waktu ni.

momen indah sgt, patung sedang terbuka.

dgn mama, yong, kak foziah di tgh2 dn seorg lg rkn kak foziah.

di ladang kurma dgn kak foziah

di bukit pemanah (di blkg) berhampiran jabal uhud. ingat perang uhud tak?

dgn abg gula, mlm terakhir di madinah. keluar juga amik pic sbb xde lnsg gambo berdua :)

lps ziarah wida' (slmt tggl) ke makam nabi..subuh terakhir di madinah. kubah hijau, di situ letaknya makam baginda SAW

lps subuh.

berihram dlm perjalanan ke makkah..senyum je ye..

ini nasi arab yg sedap sgt dekat wadi qudaid. simple je kan, tp nikmat masyaAllah..

satu dulang 'wajib' dikongsi berlima.

di wadi qudaid sblm trus perjalanan ke makkah.


No comments:

Post a Comment