Thursday, March 7, 2013

Hamba-Mu Dtg Menyahut Panggilan-Mu...


assalamualaikum lovelies,

entah berapa lama dh tak masuk blog ni. dulu bila nak dtg update mood tak pernah ada. aku cam biasa update blog mesti dalam keadaan gembira ceria wuhuhaha baru aura ngemood tu datang. bukanlah berbulan2 tak update tu bunyinya mcm aku asek bersedey pilu bagai..nehi, nehi, kabi nehi!! aku most of the time happy sengih2 je. tak caya kalo korang belek2 gambo aku mana ada senyum kepit2 sumanya sengih kerang kan..kan.. cuma itulah senang cerita, aku agak malas nak karang citer dongeng je kat sini for the past few months.

tujuan nak masuk sini semula malam ni cuma nak..apa ayat aku nak type ni? tiba2 macam kabur sekejap padahal hari2 cakap melayu. apa ye??? adoiii, jap2 sewel jap ni nak cari perkataan yg sesuai dn elok bunyinya...ok2, aku cuma nak bgtau kat readers betapa mood aku yg sangat bahagia sekarang. sblm korang pikir bkn2, TOLONG jgn ingat aku cuba nak menunjuk hatta berlagak di sini. in shaa Allah, itu sama sekali bukan niat yg terlintas waktu mula2 aku decide nak update blog tgh mlm yg syahdu ni :)

dengan izin Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia yang memberi rezeki 'lebih sedikit' (Alhamdulillah) untuk suami aku. maka kalau dipanjangkan umur oleh yg Maha Esa aku, suami, kedua ibu bapa mertua serta ibu saudara suami akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 23hb ini (kurg lbh 15 hari lagi). 

aku dan keluarga akan ke sana melalui agensi Andalusia Travel and Tours kepunyaan mantan Pengerusi Tabung Haji, Ustaz Dato' Hj Mad Daud Che' Ngah...alhamdulillah menurut kwn2 yg pernah pergi melalui agensi ini, semuanya berpuas hati dengan servisnya.


anak2 akan dijaga oleh adik ipar aku yg sangat baik. bkn tak mahu bawak anak2, tapi lbh baik dahulukan ibu bapa terlebih dahulu. aku doa pada Allah supaya anak2 yg ditinggalkan bersama adik suami akan baik2 dan aku sndri akan boleh terima terpaksa berpisah dgn anak2 terutamanya wiwit yg x pnh berjauhan dgn aku.


cuma aku selalu doa banyak2 dengan Allah agar aku sentiasa bersabar dengan segala keadaan. maklum la pergi dengan mertua. pengalaman kali pertama pulak tu. aku juga mohon ampun dan maaf siap2 dari mama (ibu mertua) supaya redhokan aku selama berada di sana nanti. aku akan cuba untuk buat yang sebaik mungkin. menjaga mama dan yong (ibu saudara) dgn sebaik yang aku mampu. kwn2 yg ada pengalaman ke sana selalu cerita yang baik2 dan indah2. semoga aku dan keluarga pun dapat pengalaman yg sama disamping memperbanyakkan amal ibadat. 

paling penting aku mohon redho dan ampun dari encik abg gula. aku sendiri menumpang rezeki yg Allah beri pada dia. aku bknlah isteri yang baik sgt. tengok tajuk blog pun korang boleh agak macamanalah perangai aku. wengs, samseng, suka bantah ckp2 suami..mcm2 lglah sikap kurang murni ada pada aku walopon hati aku sangat baik dan gebu-gebu :)

tapi sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Penyayang, Dia pinjamkan aku suami yg sangat baik dan hampir sempurna sikapnya di mata dan hati aku. suami yang berlebih2 penyabar dengan keadaan aku yang selalu 'panas' ni. suami yang tak pernah putus asa dan paham kenapa ada masa-masanya aku akan 'panas' dan marah2. yg selalu minta aku supaya sabar dan redho dengan 'dugaan'. dan dialah suami yg sangat pengasih hinggakan anak2 tak berbelah bahagi menyayangi dia. dia juga yg sgt mencintai aku sepenuh jiwa sampaikan tiap kali melihat aku sengsara sakit melahirkan ketiga2 ank dia menangis meminta Allah berikan sakit aku pada dia.

apa lagi yang aku nak 'minta' dari Allah RabbulJalil? Allah sangat baik pada aku yg selalu lupa pada nikmat2 yang Allah berikan. Allah yang tak pernah memalingkan wajah-Nya terhadap aku hamba-Nya yang sombong ni. Allah yang mengurniakan aku sebaik2 suami.


Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban..
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? 
ayat yang diulang2 sebanyak 31 kali di dalam surah Ar-Rahman....

nikmat Allah yang manakah nak aku dustakan? semuanya sudah Allah beri pada aku. bahagia hidup dgn sebaik-baik kehidupan...Alhamdulillah ya Rahman.

dan di sini aku nak minta ampun dan maaf dari kawan2 terutamanya. manalah tahu ada tulisan aku, cakap2 aku yg selama ini mendatangkan marah, tak selesa, terkecil hati. dgn rendah diri (yg mmg rendah renek sgt pun - tgk, aku mmg payah nak serious!) maafkanlah aku hamba Allah yg tak sempurna sikapnya ni. 

kalau aku ada berhutang yg aku lupa TOLONG INGATKAN AKU..sempat nyanyi sikit ni. dan kalau ada kawan2 yg berhutang dengan aku dan suami, kami halalkan dunia dan akhirat. doakan semoga niat kami dipermudahkan oleh Allah SWT.


Labbaikallahhummalabbaik..labbaikala syarikalakalabbaik..innalhamda wannak'mata..lakawalmulk..lasyarikalak...

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah hamba-Mu datang, menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu....


terima kasih ya Allah RabbulJalil, menjemput kami sekeluarga menjadi tetamu-Mu...

as salam and thank you for reading this entry - amy nafeesa :)




No comments:

Post a Comment