Friday, August 26, 2011

Jumaat terakhir Ramadhan ini...


Salam Ramadhan ke-26 semua...

salam jumaat penghulu segala hari, salam jumaat terakhir untuk bulan Ramadhan pada thn ini, salam unt semua yg membaca blog untuk minggu terakhir bulan yang yg sangat mulia....sejak bangun siapkan makanan ringkas untuk anak2 bersahur tadi, segenap anggota badan ni masih bekerja. memang ngeri la buat house chores time nak raya ni. letihnya ngalahkan supermak. dgn rumah yang tak berdapur dah hampir sebulan serba serbi sangat rimas....nk masak harapkan cik microwave tlg...tak guna karang abang gula kecik ati pulak dah susah payah kuarkan duhet nak gantikan dapor gas yang dah hancor dikerjakan apek2 tu. kuar duhet tu pulak masa lom ada salary mmg la kena jaga ati beliau lebey sikit dr biasa hahaha....

biasa bila dah dekat2 nk lebaran aku cam aweks2 (ke bini2) yang lain membizi la buat kukis sekut segala. tapi thn ni tak mengemood la pulak nak ngadap tepung tu suma. 2 hari lps buat juga sejenis my signature kukis. tu pon sebab anak2 dok bertanya maka makcik pon merajinkan diri la demi memenuhi permintaan anak2. salah satu sebab kemalasan ni adalah lakiku memang tak ada di pagi raya nnt jadi itu jugak adalah penyumbang kepada keadaan mood lemau sekarang ni.

jalan kat taiping ni pon dah serupa macam hapa ntah penuh dgn segala kenderaan. memang la syiok tengok dah ramai setat pulang ke kampung halaman tp itu jugak penyebab jammed teruk tadi. seb baik aku kuar awai kalu tak sian budak2 tu menunggu lama2. seb baik jugak aku bwk keta gajah sekurang-kurangnya ada la semangat perwira sikit nak menyelit kat celah keta2 pembuli jalanraya tu....tp bila aku turun dari keta musti diorang bengkak sebab ibu supir ni cinonet je pendeknya huahuahua....

sekarang ni anak2 tengah melelapkan mata. masing2 penat sangat la tu since bangun tido pukul 5 pagi td bersahur terus siap2 pi sekolah. alhamdulillah, insyaAllah cukuplah puasa anak2 dara kecekku tahun ni. budak wiwit pon dah tahu nak berpuasa walopon pukul 11 pagi dah cakap wiwit laparrrr..alahai siannya. yelah umur pon baru 3 tahun tapi adik ipar aku cakap eloklah diajar dari sekarang biarpun setakat 3,4 jam. sebab kakak2 dia pon dah setat berpuasa penuh bila dah umor 4,5 tahun. bukannya nak berbangga, tp ibu mana yang tak suka bila anak2 dapat laksanakan tanggungjawab tu walaupon masih kecik. tp yang paling penting mesti bagitau anak2 it's good to fast but solat tetap kena buat...

kat sini aku nak mintak ampon dan maaf sepanjang kita bersiaran ni musti ada tulisan, kata2 aku yang buat kawan2 suma tergores terasa. aku maknosia biasa memang banyak khilaf. cuma aku harap di bulan yang baik ini kita boleh sama2 bermaafan. walopon bulan2 lain pon boleh mintak maaf, tp bila time raya ni feeling nak hulur tangan menyebut maaf tu lebih mengebest la aku rasa. dah mintak mahap dapat pulak makan syiok2. haaa...jadi sapa yang tak suka?

untuk abang gulaku cuyunk - mommy mintak ampon dan maaf sepanjang sepuluh tahun perkahwinan kita ni mommy banyak derhaka kat awak. merajuk, melawan cakap tu memang tak terkira la berbakul2. jadi kat sini mommy harap raya awak kat tengah laut tu berbaloi2 la. kalu cukup duhet kat I-Talk tu silalah telepon berpuloh2 kali ke sini. insyaAllah nnt kalu panjang umor, ada rezeki kita jumpa pas raya. sempat lagi la nak pi mengabiskan saki baki sekut raya kat umah sedara mara dan kawan2 tu....kalu ada kawan2 yang terbaca blog ni silalah simpankan sikit sekut korang yang sedap2 tu untuk kitorang ye. sian kat aku ngan abang gula....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN DARI AMY SEKELUARGA.


image pinjam google.

Saturday, August 20, 2011

ENtrY TakDe tAJOk, TaPI bACalAH yE...


Assalamualaikom dan salam Ramadhan. Sedar2 (sbb masih bernyawa lagi) dah doploh ari kita berpuasa. Sat saja bulan penuh berkah nk tinggalkan kita. Memang la sonot nak raya Aidilfitri tapi pas abes raya pertama tu nanti kesyiokkan tu makin tumpul la berbanding bulan puasa. Pas puasa pertama esoknya ada puasa lagi dan lagi sampai tigaploh ari. Tapi walopon kita raya sebulan, pas sminggu raya tu kadang2 macam dah tak berapa nak raya kan...

Abang gulaku dah membalikkan diri beliau ke offshore malam tadi. Maknanya tawon ni aku beraya ngan anak2 kat umah mak abah je. Umah kat Taiping tu memang tak ada maknanya time raya. Kiri kanan depan belakang suma umah warga2 bermata KPop...tak merasa nak ada suasana ari raya langsung. Adik2 yg dah ada keluarga beraya kat umah mertua diorg tawon nih. Aku pon ada mertua juga tapi kalo aku pilih untuk beraya kat sinun mmg blues lak pagi raya nanti...baek takyah nnt tiba2 makcik rock kapak nih bertuko emosi jadi rock pilu pulak. Calar lagi imej rocker picisan aku (tipu! aku memang rocker leleh asal kena tegor ngan boifwen gula tu mula nak nanes cehh!!)

Tapi malam td aku tengok anak2 dara nih suma rilek je even si kenit wiwit da meness tu kalo tanya daddy nak gi mana dengan kompidem jawab 'DD kije, nak cari duwit. sebaaabbbb (dia kalu sebut sebab jumlah kiraan harakat tu agak panjang) wiwit nak pi key'el...' Tu jelah dia tau, nak pi KL, KL...dia kan made in KL kahkahkah..okies2 guwau lagi. Makcik pulak yang tiba2 nk feeling. Cheet, poodahh...

Elleh, korang kat luar sana pon kalu kena tinggal time raya sikit sebanyak ada gak syahdunya. Walopon aku dan wifey pelaut (salah satu blog diorg kat SINI) suma dah biasa ditinggal2 tapi bab beraya tak cukop korum nih agak pilu sedikit la nak pulak dengar takbir pertama malam ngan pagi raya tu uhuhuhhu.....Dah le ada perselisihan paham sikit terjadi sehari seblom abang gula nak pi kije tu. Walopon mulot aku mencencorot 45 degree selama 3 jam sahaja, tapi rasa rugilah jugak masa satu ari yang sangat golden tu dibazirkan dengan rajuk yang tak tingin pon dia nak pujok. Yang dia tau beli cekelat (tanda apologize la tu)...tapi pas salah pahaman tu selalu kasey cuyunk tu bercambah2 la macam pokok togei ke korang panggil taugeh? taukeh? tokey ong?? (kalu kuar soklan bodo camnih tandanya aku dah mengong!)

Jap tadi abg gula tipon dari epot bgtau beliau dah nak on board copper...maka secara rasminya aku akan amik semula tugasan supir-menyupir...jap lagi nak memulas stereng bawak mak pi soping kasot raya kat town huahuahua. mak aku time nak raya yang tak boley beliau blah ialah membeli KASOT RAYA. sebab tu agaknya bijik mata aku ni pon asal nampak kasot tinggi2 (taklah sampai tahap stiletto) ngan kasot cap konbes all setar tu terus otak aku scan kaki aku soh berenti...tu turun hobi mak aku la tu. tapi mak aku yang umor dah remaja tu taklah dia pakai kasot tinggi2 lagi.

okies, nanti rajin aku hapdet lagi. almaklom tenet kat umah mak aku ni lajunya ngalahkan sipot gondang....


p/s: aku br bukak wallet tgk cash yang tak berapa ramai pahtu aku jeling kad kedit yang abg gula bagi tu pulak...wink! wink! (bln posa mana ada kepala kuar tandok muarghahaha!!!!)

Monday, August 15, 2011

aDa aNtoo DLm BloG SaYA


salam 15 Ramadhan untuk lovelies suma...

ada sesapa yang pernah jumpa ngan antoo macam aku. pagi2 nih on lappy trus terpikir nak singgah blog kusam masam kureng garam nih. arini dh limablas ari kita berpuasa walopon aku baru je posa 6 ari huahuahua...maknanya dah 2 minggu la aku tak bukak pintu umah burok aku ini...

tapi tak sempat bagi assalamualaikom lagi tiba-tiba sekor makhluk ni - pliingggg!!! plOOonggg!!!! sound epek pinggan jatuh tak menahan sikit la sbb speaker pon murah.


OmigOd! hahh..amikku! akibat tinggal umah lama-lama jadi ia telah dihuni oleh lady rocker era 80's aka,

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

makcik limah
.
.
.
sekian, timakasey...(salam ramandhan unt kak limah jua)

Monday, August 1, 2011

Ahlan Ya Ramadhan...


Assalamualaikum rakan2 muslim suma...

salam di pagi Ramadhan al-Mubarak....seronok dapat jumpa dengan Ramadhan lagi. Allah panjangkan umor aku sekeluarga dapat bersama2 meraikan kedatangan bulan Allah ini. tapi pagi ni bersahur dengan anak2 dara kecik tu saja. pukol 0430am abang gulaku dah wat wake up called dari tengah laut china selatan...makasey cuyunk! dia isau bini dia ni terlajak tido gamaknya...yelah diorang kat sana imsak awal jadi bersahur pon awallah. tapi aku dh siap2 kunci jam henpon pukol 0500 pg. masak simple je unt anak2 tp kompemlah diorang makan tak banyak mana pon....

anak2 aku ni senang nak bangun pagi sekali kejut dah kelam kabut berlari turun ke bawah. masing2 nak berebut bilik air. part tu senang sikitlah. tapi makan adalah pat lima suap kecek2 tp nak soh minum tu payah sikit. dari umor 5 tahun diorang dah berpuasa penuh jd harap2 tahun ni pon masing2 dapat buat dengan sempurna.

kesempatan ini aku nak ucapkan salam Ramadhan al-Mubarak untuk suma pembaca yang rajin singgah sini (ada ke???) terutamanya kawan2 kalu ada salah silap aku harap suma dapat maafkan. aku orang biasa selalu wat salah silap merata-rata. untuk abang gula my loyal reader and supporter (cehh, dh macam bunyi soccer player pulak) selamat menunaikan ibadah puasa. panjang umor kita jumpa ujung minggu ni boley bersahur dan berbuka sama2...sedey la Aidilfitri ni raya secara solo lagi sobbbbbsssss.....aku harap aku dapat jadi mommy yang baek (walopon aku rock) dapat mengembirakan anak2 yang sedang berpuasa dan menjadi wife yang baek juga (dpt menunaikan amanah abg gula unt jaga rumahtangga dan anak2 beliau!) sepanjang ketiadaan beliau mencari rezeki huwaaaaaa.....


p/s - pas balik mengantar anak2 bos ke skolah pg td mata tiba2 terpandang pokok2 besar dpn umah blooming lebat2....cantiknya pagi pertama Ramadhan! Barakallah!