Thursday, July 25, 2013

Travelog Umrah 2013 - Part 2 (Makkah Al-Mukarramah)

as salam lovelies...

p/s -  bacalah dgn hati yg terbuka krn aku ceritakan pengalaman aku ini dgn ikhlas, setiap perancangan Allah SWT sesungguhnya adalah yg terbaik dan lbh baik dr apa yg kita sndri rancangkan....ameen..


Okey aku nak sambung part 2 yg asek tertangguh. sblm tu aku nk bgtau bapa mertuaku yg sama2 mengikuti rombongan umrah ni sudah kembali ke rahmatullah 6 hari yg lps (sabtu 20 Julai 2013). Al-fatihah unt aruah abah yg sgt2 baik. menenui Ilahi pada 11 Ramadhan1434H. 

perjalanan selama lbh kurg 6 jam dr madinah ke makkah sedikit memenatkan tp sebenarnya yg letih dan penat pd aku lbh pada kat mental je. yelah kali pertama nak menjejakkan kaki di tanah suci makkah. aku yg sgt2 banyak dan tak terhitung dosa ini masih Allah sudi unt menjemput sbg tetamu-Nya. slps bergerak dr wadi qudaid yg aku story sblm ni, bas terus meneruskan perjalanan ke kota makkah. lupa aku nak ceritakan, sebenarnya sblm samp wadi qudaid tu jemaah terlebih dahulu singgah bermiqat (tempat/sempadan unt berniat ihram bg jemaah yg mahu menunaikan umrah dr madinah) di Bir Ali. buatlah solat sunat dua rakaat di situ terlebih dahulu. mmg sibuk tempt ni, bas yg membawa jemaah keluar masuk. jarak Bir Ali ni 425km dr makkah atau lbh kurg 10km dr Masjid Nabawi.  masa ni mutawif dgn lantang mengajar dan mengajak jemaah unt sama2 membaca Talbiah. maka airmata masing2 menderu..sedih, sayu dan mcm2 perasaan yg ada saat membaca talbiah ini.

Labbaik Allahumma Labbaik, Labbaikala syarikala kalabaik, Innal hamda, wannak' mata, La kawalmulk, La syarikalak...
(Hamba-Mu dtg menyahut panggilan-Mu ya Allah hamba-Mu dtg menyahut panggilan-Mu, Tuhan yg tdk ada sekutu bagi-Mu, Hamba dtg menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tdk ada sekutu bg-Mu).

Hiway yg kita tempuh sepanjang laluan dr Madinah ke kota Makkah ni bknnya mcm hiway kat tempt kita. Di sini bergunung batu, berbukit gondol, pdg pasir, gunung, batu, pdg pasir lg..gitulah keadaannya. Kalau difikirkan semula ada sebab kenapa Allah jadikan suasana di tanah suci begitu rupa. Sesungguhnya mungkin dlm masa terluang di sepanjang perjalanan tu kita dpt kenang semula betapa sulit dan payahnya keadaan Rasulullah SAW waktu itu unt menegakkan syiar Islam. Berhari2 merentasi padang pasir dan gunung2 batu, dikejar musuh lagi. Insaf sgt bila dibayangkan. Itupun jauh beza sgt2 dgn keadaan pada masa skrg ni yg dh moden. Nabi berjalan beribu batu dlm cuaca yg panas melampau, sedangkan kita di dlm bas yg ber-ekon lg. Lalu nikmat yang mana yg ingin kita dustakan? Wallahua'alam..


Oret, sambung lg. pnjg aku recap psl perjalanan dr madinah tu. hampir memasuki kota makkah, mutawif kitorg iaitu ustaz abd rahman mengejutkan jemaah (ada yg terlena). aku dan abg gula mmg masing2 senyap. talbiah dibaca lagi berulang-ulang kali. Waktu tu lbh kurg jam 10 mlm bila saja mutawif memaklumkan yg bas sudah mula memasuki Makkah, debaran di hati lagilah berdentum dentam. Mutawif berkali-kali memberi pesanan supaya menjaga tingkahlaku, tuturkata dan mengambil kesempatan unt membuat sebanyak2 ibadah di kota suci ini kerana setiap ganjaran amal baik kita disini dihitung sebanyak seratus ribu kali. bayangkan setiap langkah kaki kita unt ke masjidil haram bersamaan dgn seratus ribu pahalanya! Lalu, nikmat tuhan yg manakah ingin kita dustakan lagi?! Allahu Akbar!! 

Dari jauh sudah nampak lampu-lampu yg menerangi Masjidil Haram (tak tahulah macamana kalau nampak Kaabah nanti). Menara jam besar Abraj Al-Bait yg blh dilihat sejauh 17km pd waktu mlm mula kelihatan. Terasa kami semakin hampir dgn Masjidil Haram. Sewaktu bas memasuki bandar Makkah, para jemaah dibawa menuju ke hotel terlebih dahulu dan diberi masa selama setengah jam unt urusan daftar masuk dan juga membersihkan diri. Namun 10 larangan di dalam ihram harus selalu diingati! Hampir jam 11 mlm, kumpulan jemaah berkumpul di hadapan hotel dan kami semua bersegera menuju ke masjidil haram unt melakukan umrah yg pertama. Kaki2 dilangkah dgn perasaan bercampur baur. Talbiah dibaca berulang2 kali walaupun jarak perjalanan dr hotel ke masjid hampir 800 meter. Abg gula dgn aruah abah dan aku sendiri berada agak kebelakang sbb perlu menjaga mama dan yong x kurg sihat. Doa x putus2 supaya semuanya berjalan dgn baik.

Allahu Akbar...Masjidil Haram tersergam di dpn mata. Ramainya umat Muhammad SAW!! Ya Allah, permudahkanlah, lancarkanlah umrah pertamaku ini.
Mutawif membawa jemaah menghampiri pintu utama, iaitu pintu King Abdul Aziz dan memberi sedikit lg penerangan. Menurut beliau, peratusan jemaah yg akan terpisah dr kumpulan sewaktu melakukan tawaf nanti agak besar. Cuma teruskan shj tawaf sehingga selesai dan slps itu blh terus bersaie. Mendengar itu shj debaran kat hati aku makin kuatlah. Yelah, kali pertama pun! Memasuki Masjidil Haram mendatangkan perasaan yg terckp dgn kata2. Indahnya, subhanallah! Seperti biasa aku berhenti sekejap di hadapan tong2 yg berisi air zam2 dan sambil berdiri mengadap Kaabah (yg belum aku nmpk dgn jelas) dan berdoa supaya Allah memudahkan urusanku dan keluarga.

KAABAH! Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!!! Aku nmpk airmata abg gula yg menitis, aku nmpk airmata mama yg mengalir dan mulut aku sendiri tak henti2 menyebut Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar!! Kaabah itu cantik, Kaabah itu besar, Kaabah itu sgt indah bercahaya walaupun hanya dilitupi oleh kain hitam. Apa perasaan aku waktu itu??? Demi Allah yg Maha Kuasa, aku tak tahu perasaan aku sendiri! Atau mungkin lebih tepat aku 'tak ada perasaan' pd waktu itu! Mana pergi airmata aku? Knp aku x menangis mcm org lain? Adakah ini kifarah di atas dosa yg aku buat tanpa aku sedari? Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 saya, Ya Allah. Itu doa yg tak putus2 aku ucap. Namun begitu aku berusaha unt kekal di dalam kumpulan sambil kedua2 belah tgn mengepit mama dan yong di dlm manusia yg jumlahnya ramai x terhitung. Ya Allah, mudahkanlah, luaskanlah jln kami, terimalah ibadah kami.

Aku berusaha unt tidak memikirkan yg bkn2. Doa2 di setiap pusingan mengelilingi Kaabah tdk putus2 dibaca samb mengikuti mutawif. Mataku sndri memandang Kaabah tanpa henti walaupun 'tanpa perasaan' itu. Doa bnyk2 itu shj yg melintasi akal. Alhamdulillah hampir selesai tawaf ke-7, perasaan gembira dtg. Berjaya juga dgn bantuan Allah. Tapi rupa-rupanya abg gula dah senget2 bahu memikul aruah abah yg sudah hampir pengsan. Ya Allah, abah sakit lagi. Waktu itu jumlah org yg bertawaf semakin ramai sehinggakan aku tak nmpk di mana aruah abah dan suamiku. Aku hantar mama dan yong ke sebelah tepi dan di situ mama nak buat solat sunat tawaf dahulu. 'Mama solat dulu, amy risau ni. Amy nak pergi cari abg dgn abah. Tunggu sini sampai amy dtg. Nanti br kita pergi saie.' Dan aku x buang masa terus meredah ribuan manusia samb berdoa agar Allah temukan aku dgn abg gula. Di depan Kaabah ini,  Ya Allah, Kau temukanlah aku dgn suamiku...doa sebanyak2nya. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku!! Kat sini WIFI, semua doa kita terus samp dan makbul. Tak ada sekatan!! Abg gula dan aruah abah yg sudah sedar dan lemah berada di tepi menghadap makam Ibrahim di hadapan Kaabah. Besarnya kuasa doa di sini. Aku siramkan kepala dan muka abah dgn bekalan air zam2 yg aku bawa dan menyuruh aruah abah berdoa bnyk2. Di dpn makam Ibrahim ini adalah salah satu tempat yg mustajab doa di sini.

Abg gula berusaha unt mencari dan menyewa kerusi roda yg ada si sekitar kaw Masjidil Haram ini unt membawa abah bersaie sekaligus menyempurnakan umrah dgn bertahallul (gunting rambut) lalu mengeluarkan dr larangan ihram. Lps tu kami kembali ke temt aku meninggalkan mama dan segera menuju ke Safa dan Marwah unt bersaie. Safa dan Marwah tlh cantik berlantaikan mozek, juga ber-ekon. Tong air zam2 pun penuh di tepi2 tu. 

Abg gula bersaie bersama2 abah (yg sgt2 tdk sihat) dgn mengupah bdk2 arab yg mengambil upah unt menolak jemaah umrah yg x upaya dgn menggunakan kerusi roda. tp aku suruh abg gula sndri membawa abah sebab bdk2 kt situ laju gila ada tu siap buat wheelie lg . Allah, sian abah. Loklaq sangat tau, hahaha...Mama mengikut kak Foziah dan aku bwk yong yg agak 'besar' badannya dan x sehat juga. Aku letih, badan mmg x larat yg tinggal mungkin kuasa mental shj. Aku cuma berfikir Allah nak beri dugaan dan pahala sekaligus pada aku :)

Sesekali mmg terjumpa rakan2 jemaah yg sudah hampir menyelesaikan saie mereka tp aku dgn yong br buat 2,3 pusingan. Kaki dan lutut yong sakit. Aku terpaksa bersaie dgn memimpin dan mendakap dia! Setiap kali mendaki cerunan bukit Safa dan Marwah aku perlu menolak yong sbb kudrat dan badan aku yg kecik molek la sgt ni mmg x seberapa. Dugaan lagi. Allah ya Allah, Kau mudahkanlah! Kadang-kadang aku rasa nk menangis sbb aku x kenal siapa2 kt dlm terowong yg  penuh dgn manusia. Abg gula entah di mana, ahli kumpulan pun x nmpk dah. Takpa, dlm kepala cuma fikir nak bwk yong habiskan jugak saie ni tak kiralah jam berapa pun! 

Alhamdulillah, habis saie di bukit Marwah, aku telefon abg gula. Dia dah balik ke hotel bwk abah. Dia suruh aku teruskan setengah pusingan lg unt ke bukit Safa krn laluan keluar ke Masjidil Haram melalui situ lbh mudah. Nanti dia dtg ambik kat situ. Sekali lg aku 'heret' yong. Samp je, aku duduk sekejap di situ dan menangis sungguh2. Amikkau! Nangis sebab kepenatan dan nangis sbb walaupun rasa nak pengsan aku mampu jugak bantu yong habiskan umrah pertama ni. Sbb lupa nk bwk gunting aku pinjamlah kat sorg lelaki arab ni. Tp syaratnya dia suruh aku snap gambo dia dulu. Sabo jelah. Siap sudah aku bertahallul rambut yong dan rambut aku sndri (msk gunting pelan2 dlm telekung dan kerat sikit rambut tu).
Tau tak, rupanya hampir jam empat pagi dah! Jumpa abg gula dan terus blk ke hotel. Sian laki aku, pergi blk hotel dan masjid berkali2. Samp hotel x buang masa aku terus mandi dan bergegas nak ke masjid unt tunaikan solat subuh kali pertama di bumi Makkah ini. Mama pun dah lama samp hotel. Syukur alhamdulillah. Niat aku nak berjalan berdua bersama suami waktu subuh ke Masjidil Allah penuhi.  

Nikmatnya bersolat di sini dgn ganjaran pahala seratus ribu itu. Selesai solat, aku dan abg gula ke tingkat bwh 'menemui' Kaabah. Sebelum itu aku minta abg gula bawak aku semula melihat Kaabah. Aku ceritaan apa yg berlaku sblm ini sewaktu kali pertama aku memandang Kaabah. Subhanallah, masa itulah airmata tumpah tak mahu berhenti. Allah beri aku nikmat lagi dgn memandang Kaabah buat kali ke-2. Kaabah yg aku lihat kali ini lebih cantik, lebih indah lebih mempersona dr yg aku pandang pada jam 11 mlm td!!! Tersergam besar dan sgt cantik di dpn mata!! Subhanallah...Besarnya kuasa Allah. Apakah Allah sengaja aturkan ttg perasaan aku yg 'tiada perasaan' pd mlm td demi unt beri aku ganjaran sebesar ini di atas usaha aku yg x seberapa membantu mama, abah dan yong td? Wallahu a'lam! 

Allah Ya Allah, besarnya kuasa-Mu, tak terhitung nikmat-Mu yg engkau berikan kepada aku yg berdosa ini. Hajat aku dan suami unt ke rumah-Mu yg agung sblm ni telah Kau penuhi. Lalu nikmat Tuhan-Mu yg mana yg ingin aku dustakan???



~ Nanti ada masa aku cerita part 3 di mana pengalaman aku bersolat jumaat bersendirian di dalam terowong Safa-Marwah bersama-sama berpuluh ribu umat manusia. Serta pertemuan dgn kwn lama yg x disangka2 di dlm Masjidil Haram. In shaa Allah ~






wajah-wajah Kaabah yg difoto oleh abg gula pada mac-april lalu

luar Masjidil Haram - usai solat subuh.