Sunday, June 26, 2011

aPakAH???


hye there lovelies,

jam kt cellphone dh pukoi 12.45am tp nape aku still ngadap natang lappy nih lagi? bilik 301 (ayoyo) dan ward A4 kat banglo abahku (wekksss) dah sunyi sepi. tabley tido pon betol tp sebenarnya aku susah ati. udah 2,3 ari kepala dizzy dan butterflies in my pewot nari2. apakah??? takot nk imagine kalu kebarangkalian itu benar2 berlaku...korang tahu APAKAH itu bermakna? kan aku dh cakap @typed tadi usahkan nk nyebut, nk bayang2kan pon hati di dalam rasa seram sejuk...for those yang paham tu, pahamlah. and those who don't ikot sukatilah nk ke taknak pikir pon. bukan kena bayar.

bukannya aku takmo pi cari kepastian tu tp masanya cam tak berapa nak sesuai. ye ke? nak kena tunggu eclipse sekali lagi ke? baru mngu lepas gerhana...waktu gerhana tu ke? ohhhh tidakkk!!! alya syahida alias cakap aku nih in denial. yolah sangat, dia punya kepala tu lebey kurang mengong cam kepala aku jugak (aku rasalah)..alah abaikan jelah, budak2 lagi alya tu...munyi pulak cicak di dinding umah mak aku. nyebok je mulut beliau nak mengiyakan cakap2 alya genit tu.

tadi jiran mak aku cakap kalu selalu saket kepala berulang2 mungkin ada gangguan jin (jin apa?) ataupun kena 'buatan orang'...jiran tu baru je dengar 1 talkshow kat astero oasis...gangguan jin tu aku tak tahu tapi buatan orang tu mungkin jugak...bukan orang jauh pon, laki akulah! cehh, macam2 korang pikir, apalah yang ada kat aku nih yang nak jadi bahan untuk orang suka2 nk anto hadiah bukan2 kat aku? memanglah selalu saket kepala tp aku pernah wat blood test dan doc tu kata suma okies cuma darah ada siket rendah...dokter centa aku pulak beria2 menyokong budak alya punya statement kat fesbuk tu. nak gi sign on kapai mlm semalam pon menyengih kerang lagi.....very the hampehlah.

sok aku nak balik umah cari mana aku simpan natang itu then kalu tak jumpa aku benti lepak kat sopa peberet aku pahtu sambung pikir lagi. separuh masa muda aku terbazir sbb rajin pikir dan asek cari barang ilang (sbb lupa letak mana). barang apa yang aku cari tu? barang itulah yang akan membuktikan budak alya tu SALAH!

aku rasa nak tukar lagi sekali, takmo pikir2, xmo cari benda2 yang selalu misplace jadi aku mau baking cake saja esok. leh jugak aku tempek2 kat blog kek aku yang tak berapa nak meriah tu...wahh..tingin nak makan kek la pulak...NOOOO...!!!

Friday, June 3, 2011

sonotnye cuti tp emo pulak..kenapakah??


salam lovelies semua...

school holiday ada seminggu lagi...sempat lagilah nak bawak anak2 bercuti. jauh dekat tak kesahlah asalkan suma suka dan rela. ada ke yang tak rela bila nak bercuti. musti adalah, tapi ofkos bukan akulah. bab suka2 nak ilangkan stress aku rela selalu. tapi ada juga yang tak rela bila dapat lihat (bukan dapat tahu) kitorang sekeluarga bercuti. dapat lihat tu sebab aku post gambar gedik2 gembira masa holiday tu kat fesbuk (salah akulah tu!). yang tak suka tu pulak bukan sebab diorg jeles tak dapat cuti sama tapi mungkin jugak tak rela bila asbenku bagi reason masa nak applied cuti tu sebab nak wat kenduri kat kampung. tiba2 nampak gambar suka suki kat pangkor pulak. nak buat camana, dah apa yang dirancang tak menjadi. alasan pertama (sbb orang selalu ingat maknosia biasa cari alasankan) so aku bagi alasan. 1st, abahku tak sehat jadi dia takmo orang datang kenduri tengok dia berbaring je. keduanya, ada masalah kewangan pehak terbabit. ketiga, tak payahlah bagi alasan manyak2 bukan orang suka pon dengar alasan banyak2 ye tak? aku pon menci jugak nak bagitau.....cumanya kuciwa sikitlah, takkan suma benda kita nak buat dalam idup kita nih nak kena inpom then mintak permission kawan2 jugak? kalu tak inpom diorang perli2 macam salah besar sangatlah...dan macamlah aku yang setakat ada spm nih tak paham statement gurauan indah bahasa jiwa bangsa kat wall fesbuk tu. kalu tak letak kat wall agaknya suma orang tak tau pulak nanti. kalu korang cuti ada kitorang kesah ke? marah? memanglah aku tengah emosi gilos nih...

asben aku sebelom gi kerja semalam sempat la warning (warning ke nasehat??) supaya aku takyah bising2 pasal hal nih. tapi fatut ke aku diam je bila ada yang nak bakor perasaan aku dan suami. asben aku bolehlah asek dengan ayat 'sabarlah banyak2, tuhan tahu..' tu. tapi aku sebagai maknosia biasa nih takkan tak ada perasaan macam orang lain? diorang tu je ke ada perasaan, aku dan asben tak payah kot. kalu sebelom nih anak2 cedera ke sakit masuk spital tengah2 malam ke, ada aku meraung2 tipon asben kat tempat keja suruh amik cuti? memang taklah dan aku tak bangga pon nak cerita. tapi sabar manusia nih ada limitlah.

kalu korang yang membaca nih pon, bila menda yang dirancang tu tak jadi takkan nak dok kat umah menung je. aku tak bolehlah nak ngadap tb je kan. so kitorang pon wat la perancangan nk ke pangkor tu. itu pon sbb itulah tempat cuti yg paling dekat, sejam dah sampai jeti. perlu ke nak bagitau yang itu jugak? selalu tu kalu bercuti pon sekadar amik kesempatan masa asben ada courses...bolehlah tumpang sehari dua. tapi bila betul2 ada peluang nak bercuti dahhhhh jadi camnih. bukannya lepas cuti ilang stress, bertambah stress adalahh....hadoyaiii...

takpelah, nih pon dah malam jap lagi mau tido. mak aku cakap sebelom tido eloklah maapkan suma orang yang ada salah dengan kita. aku pon harap suma2 orang tu maapkanlah salah dan khilaf aku sebelom, semasa, selepas menaip luahan perasaan aku nih....aku maknosia biasa tak sempurna pon. cuma moral kat sini untuk aku dan suami especially - takyah le beria2 nak apply2 cuti kalu xde emergency. kenduri ke, hape ke boley tunda2 takpon cari je waktu yg sesuaiiiii dgn jadual kerja tu...............

(dah takdak jiwa mau hapdet crita2 best kat pangkor tu!!)