Wednesday, June 20, 2012

saya macam tak sakit tapi saya mmg tak sehat...

as salam lovelies sumer...


menggigih la aku nk update blog sekangkang kera ni demi takmo layan mata yg sangat mengantuk pada jam 2 ptg. nape aku takmo tido padahal org ckp tido sekejap slps zohor tu sunat sblm masuk waktu asar?


sebabnya aku rasa makin aku ngantuk makin 'menda' tu suka. aku sedang cuba mengkuatkan fizikal dan mental untuk melawan si hampeh tu. aku tak tau dari mana datangnya, sapa yg bagi, bila setat ada kat badan aku bla bla bla sebab aku xmo tahu. janji aku sehat walafiat bulat2 sudah la. mngu lps aku pi scanned kat satu spa yg dirunning oleh seorang makcik yg dipanggil maklong kat prai. cousin aku yg rekemen. maklong ni baik, lps aku citer apa masalah yg melanda jiwaku, achewahhhh...beliau suruh aku gi amik wuduk, kalo blom solat tunaikan solat dulu. maklong suruh aku baca fatihah, ayat kursi, 3 qul dan pokus clearkan fikiran dan mintak tolong Allah. ada la lagi cuma aku mcm ingat2 lupa la pulak.


mmg betul apa yg aku rasa, menda tu sdg enak melepak buat port kat badan aku. maklong suggest aku berbekam (kalo korg tak tau bekam tu apa sila gugel sendiri). tu pon tak dapat nak bekam bnyk2 sbb maghrib dah makin jauh. kalo aku citer apa yg berlaku semasa dan selepas aku jumpa maklong tu karang cam tak mengebestkan perasaan aku jugak. aku ikut saranan maklong ngan cousin aku supaya jumpa ustaz. 


3 hari lepas aku pergi ke sebuah pusat rawatan islam di ipoh. ni pon cadangan best pren aku jugak. dia dah ke situ dan alhamdulillah makin pulih. korang bayangkan aku dan dua org bestpren aku yg sama2 terjebak dlm arena baking membaking kek ni sakit yang bukan2..kahkahkah..macam hampeh je kan? cumanya secara kebetulan la kitorang bertiga nak kena waktu yang sama. aku tak rasa pon ada sapa2 nak dengki kianat dengan aku yg tak ada apa2 yang sepesel ni. aku bukannya hard core bikin kek pon. nak kata kaya raya boley pi london setahun 4,5 kali pon tak jugak. mebi natang tu dah lama buat rumah kat situ sampai naik syiok xmo pindah. aku konon masa citer ni bunyi macam terer je. padahal Allah je yang tahu perasaan aku camana.


memanglah secara fizikalnya orang mandang aku ni takde apa2 masalah pon. nampak sehat gumok2 je. aku bukanlah sakit terbaring, montot atas wheelchair nak gerak pakai pulas2 roda. tapi bila sakit tak nampak kat mata ni lagi sengsara rupanya. jumpa pak dokter suma sehat. tapi badan sendiri, mestilah tahu ada yang tak kena. aku salahkan diri aku sendiri yang mungkin ada buat silap kat mana2. aku tak cari salah sapa2 pon. maklong tu pon cakap, tak payah tahu. redho kan jelah. kalo dtg dari 'orang' lain - maafkan...tapi aku tak rasa pon ada yg dengki ngan aku. kawan2 aku insyaAllah suma baik2. mebi kawasan rumah aku ni 'panas' sikit...


bila dah jumpa ustaz ni alhamdulillah, makin ok cumanya tak boley nak bersenang lenang sangat la. sebelom ni aku baca quran bila mlm jumaat je terutamanya. sekarang pagi petang amalkan quran dan zikir serta doa. mungkin ada hikmah jugak sakit ni pada aku. Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri. anak2 aku pon sama, diorang paham cuma aku tak mau cerita detail sangat risau ganggu jiwa diorang pulak. abang gula pon sama2 bantu aku masa2 ni. ni pon beliau kat tingkat atas sedang mencuci bilik tido, bilik2 air dan bilik yg tak digunakan tu. minggu depan ada sesi nak jumpa ustaz lagi sebab masa berubat tu dah jenuh aku muntah. walopon ada jugak yang degil xmo keluar.


aku harap sangat suma ni boleh clear cepat2 sebab aku tak rela nak bersedey pilu dah. boley sonok2 ceria macam dulu. boley bikin kek sedap2, boley balik kampong umah mak mertua aku makan buah doyan kuikuikui. sekarang pon hepi cuma terbatas sikit la :)


tgk jam dah pukul tiga..lamanya aku typing entry ni. yelah, aku benti kejap2 gi marah wiwit, bagi anak makan nasik, jawab panggilan abang gula kat tingkat atas walopon sekadar ' apa dia???' kehkehkeh...pahtu datang kat dpn lappy ni semula...kalo ada salah silap aku kat sini hatta tergores perasaan kawan2, tershow off ke hapa ke aku pintak ampon dan maaf banyak2...jumpa lagi la di lain masa...