Friday, August 26, 2011

Jumaat terakhir Ramadhan ini...


Salam Ramadhan ke-26 semua...

salam jumaat penghulu segala hari, salam jumaat terakhir untuk bulan Ramadhan pada thn ini, salam unt semua yg membaca blog untuk minggu terakhir bulan yang yg sangat mulia....sejak bangun siapkan makanan ringkas untuk anak2 bersahur tadi, segenap anggota badan ni masih bekerja. memang ngeri la buat house chores time nak raya ni. letihnya ngalahkan supermak. dgn rumah yang tak berdapur dah hampir sebulan serba serbi sangat rimas....nk masak harapkan cik microwave tlg...tak guna karang abang gula kecik ati pulak dah susah payah kuarkan duhet nak gantikan dapor gas yang dah hancor dikerjakan apek2 tu. kuar duhet tu pulak masa lom ada salary mmg la kena jaga ati beliau lebey sikit dr biasa hahaha....

biasa bila dah dekat2 nk lebaran aku cam aweks2 (ke bini2) yang lain membizi la buat kukis sekut segala. tapi thn ni tak mengemood la pulak nak ngadap tepung tu suma. 2 hari lps buat juga sejenis my signature kukis. tu pon sebab anak2 dok bertanya maka makcik pon merajinkan diri la demi memenuhi permintaan anak2. salah satu sebab kemalasan ni adalah lakiku memang tak ada di pagi raya nnt jadi itu jugak adalah penyumbang kepada keadaan mood lemau sekarang ni.

jalan kat taiping ni pon dah serupa macam hapa ntah penuh dgn segala kenderaan. memang la syiok tengok dah ramai setat pulang ke kampung halaman tp itu jugak penyebab jammed teruk tadi. seb baik aku kuar awai kalu tak sian budak2 tu menunggu lama2. seb baik jugak aku bwk keta gajah sekurang-kurangnya ada la semangat perwira sikit nak menyelit kat celah keta2 pembuli jalanraya tu....tp bila aku turun dari keta musti diorang bengkak sebab ibu supir ni cinonet je pendeknya huahuahua....

sekarang ni anak2 tengah melelapkan mata. masing2 penat sangat la tu since bangun tido pukul 5 pagi td bersahur terus siap2 pi sekolah. alhamdulillah, insyaAllah cukuplah puasa anak2 dara kecekku tahun ni. budak wiwit pon dah tahu nak berpuasa walopon pukul 11 pagi dah cakap wiwit laparrrr..alahai siannya. yelah umur pon baru 3 tahun tapi adik ipar aku cakap eloklah diajar dari sekarang biarpun setakat 3,4 jam. sebab kakak2 dia pon dah setat berpuasa penuh bila dah umor 4,5 tahun. bukannya nak berbangga, tp ibu mana yang tak suka bila anak2 dapat laksanakan tanggungjawab tu walaupon masih kecik. tp yang paling penting mesti bagitau anak2 it's good to fast but solat tetap kena buat...

kat sini aku nak mintak ampon dan maaf sepanjang kita bersiaran ni musti ada tulisan, kata2 aku yang buat kawan2 suma tergores terasa. aku maknosia biasa memang banyak khilaf. cuma aku harap di bulan yang baik ini kita boleh sama2 bermaafan. walopon bulan2 lain pon boleh mintak maaf, tp bila time raya ni feeling nak hulur tangan menyebut maaf tu lebih mengebest la aku rasa. dah mintak mahap dapat pulak makan syiok2. haaa...jadi sapa yang tak suka?

untuk abang gulaku cuyunk - mommy mintak ampon dan maaf sepanjang sepuluh tahun perkahwinan kita ni mommy banyak derhaka kat awak. merajuk, melawan cakap tu memang tak terkira la berbakul2. jadi kat sini mommy harap raya awak kat tengah laut tu berbaloi2 la. kalu cukup duhet kat I-Talk tu silalah telepon berpuloh2 kali ke sini. insyaAllah nnt kalu panjang umor, ada rezeki kita jumpa pas raya. sempat lagi la nak pi mengabiskan saki baki sekut raya kat umah sedara mara dan kawan2 tu....kalu ada kawan2 yang terbaca blog ni silalah simpankan sikit sekut korang yang sedap2 tu untuk kitorang ye. sian kat aku ngan abang gula....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN DARI AMY SEKELUARGA.


image pinjam google.

1 comment: